Saturday, September 5, 2009

Calon UPSR 2009


Warga Tunas Kadet Remaja Sekolah Daerah Jelebu merakamkan ucapan selamat berjaya kepada semua calon UPSR 2009 khususnya di Daerah Jelebu dan seluruh Malaysia. Semoga usaha anda selama ini diberkati oleh Allah. Selamat menduduki peperiksaan UPSR

Tuesday, September 1, 2009


Friday, May 22, 2009

Perkhemahan Perdana Tunas Kadet Remaja 2009


JK Teknikal TKRS Daerah Jelebu telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Perkhemahan Perdana TKRS Daerah Jelebu. Perkhemahan ini dibawa kelolaan SK Sepri Tengah dan sebanyak 9 sebuah sekolah telah terlibat. Menurut Pegawai Tadbir TKRS Daerah Jelebu, perkhemahan ini julung kali diadakan di Jelebu kerana sebelum ini aktiviti dibuat bersama dengan TKRS Daerah Jempol.
Antara sekolah yang terlibat adalah SK Kampai, SK Kuala Klawang, SK Undang Jelebu, SK Putra, SK Pasoh 1 (F), SK Pasoh 4 (F) SK Petasih (B) SK Simpang Durian dan SK Sepri Tengah. KPT (KRS) Norzaman Abu Hassan dan Kpt (KRS) Malik Riduan Mohd Salleh telah berganding bahu mengetuaa pasukan latihan perkhemahan dengan bantuan Jabatan Bomba & Penyelamat Seremban 2, Seremban dan Jelebu. Turut membantu adalah Jurulatih Pertahanan Awam NSDK dan SM Teknik Kuala Klawang.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YB Dato Yunus Bin Rahmat, Exco Kerajaan Negeri Sembilan. Hadir sama di dalam majlis tersebut ialah Yang Setia Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Stapa Mohd Yusuf, Mejar (KRS) Mohd Nor Wahid, Pegawai Tadbir KRS Negeri Sembilan, wakil-wakil Ketua Jabatan terlibat dan tetamu jemputan.

Aktiviti yang dijalan ialah Pertandingan Simpulan, Pertandingan Pertolongan Cemas, Pertandingan Kebudayaan, Pertandingan Rentas Rimba dan beberapa aktiviti lain.